sweet coming....

sweet coming.....
Daisypath Ticker

Friday, July 14, 2006

Hati.............

BILA HATI TELAH BERKARAT…

Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati Allah akan menyebabkan hati menjadi berkarat.

Hati yang rosak ini akan menyebabkan diri manusia itu semakin jauh dari Allah dan semakin tersesat dari jalan yang benar.

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air.

Seorang sahabat telah bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?"

Maka jawab Rasulullah, "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran."

Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.

Rasulullah bersabda : "Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (Al Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong." Riwayat At Tirmizi.

Thursday, July 13, 2006

UTAMAKAN KESIHATAN – SIHAT SEPANJANG HAYAT

INFO :-

PANDUAN DIET MALAYSIA
- nikmati pelbagi jenis makanan
-kekalkan berat badan yg sihat dgn mengimbangkan pengambilan
makanan dan aktiviti fizikal yg lazim
-lebihkan makan nasi, legum, buah-buahan dan sayur-sayuran.

PANDUAN PIRAMID MAKANAN
1)kurangkan penggunaan lemak dlm penyediaan makanan dan pilih makanan yg rendah lemak dan kolesterol
2)gunakan garam secara sederhana dan pilih makanan yang rendah kandungan garam
3)kurangkan pengambilan gula dan pilih makanan yang rendah kandungan gula
4)minum banyak air setiap hari
5)amalkan dan promosikan penyusuan susu ibu

PANDUAN AMALAN PEMAKANAN YANG BAIK
1)mempelbagaikan jenis makanan setiap hari
2)makan mengikut UMUR dan tahap AKTIVITI
3)pilih makan harian dari GABUNGAN makanan yang memberi TENAGA, PROTEIN, VITAMIN, dan BAHAN GALIAN (ikut PIRAMID MAKANAN)
4)lebihkan makan BUAH-BUAHAN, SAYUR-SAYURAN hijau dan kuning, kekacang dan semua hasil biji-bijian.
5)Lebihkan makanan SEGAR dan SEMULAJADI
6)Makan sedikit dari SETIAP makanan tapi TIDAK terlalu banyak dari sejenis makanan sahaja
7)Makan secara TERATUR dan kurangkan MAKANAN RINGAN
8)Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari
9)Makan bila rasa lapar dan bukan keranan makanan telah tersedia
10)Makan dengan perlahan-lahan
11)Berhenti makan bila kenyang dan bukan bila terasa kekenyangan


ANDA STRESS???

Punca Stress

Masalah kewangan, Menunggu lama, Konflik rumahtangga, Kena buli, Rasa rendah diri, Beban kerja, Penyakit fizikal, Kesesakan lalulintas, Persekitaran yg tidak selesa, Tragedi

Gejala Stress
Gelisah, Risau keterlaluan, Gangguan tidur, Kurang tumpuan kerja, Cepat marah

Amalkan 10 B
Bertenang
Bernafas dengan dalam
Berkata: Relakslah...
Beribadat
Bercakap dengan seseorang
Berurut
Berehat dan mendengar irama yg menenangkan
Beriadah
Bersenam
Berfikiran positif

Bijak Menangani Stress
1) tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja
2) praktikkan pemikiran yang rasional dan positif
3) berkomunikasi secara berkesan
4) tangani kemarahan secara berkesan
5) praktikkan pengurusan masa yg berkesan
6) amalkan cara hidup sihat

Uruskan Masa Dengan Bijak
1) akui anda hanya ada 24 jam sehari
2) senaraikan tugas-tugas anda dan utamakan mengikut kepentingan dan keperluan
3) deligasikan tugas anda secara berkesan
4) jangan berlengah dan belajar cara mengatasinya

AKTIVITI FIZIKAL
Demi kesihatan lakukan aktiviti fizikal berintensif sederhana secara kumulatif 30 minit setiap hari ( 10 minit setiap sesi )

Berjalan pantas / berkebun / bersukan / berbasikal / berenang / joging / naik tangga


Kunjungi ;
http://nutriweb.org.my
www.infosihat.gov.my