sweet coming....

sweet coming.....
Daisypath Ticker

Wednesday, May 17, 2006

khamis....jumaat...hmm...

Adakah anda cukup bersedia untuk berkahwin? Mungkin tidak, berdasarkan kajian pakar motivasi terkemuka tanahair, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, ramai pasangan sebenarnya tidak bersedia, terutama dari segi persiapan mental.

22 Petua Untuk Pengantin Baru (..& lama)

1- pasang niat untuk menjadi suami/isteri terbaik disertai doa & ikhtiar agar benar2 termakbul. Berjaya atau tidak itu soal kedua tetapi perlu ada kesungguhan dan usaha ke arah itu.

2- Mental perlu berubah. Ubah perangai yang menjadi amalan ketika belum berkahwin contohnya terlalu manja dengan ibubapa atau sering keluar berseronok dengan rakan2 yang masih bujang.

3- Programkan mental – perkahwinan itu adalah yang pertama dan terakhir.

4- Hati perlu mantap. Tiada dakwa-dakwi/berbelah bahagi terhadap pasangan yang menjadi pilihan. Jangan berkahwin atas sebab terpaksa, malu, terhutang budi atau simpati (jgn kawen dek kerana dia ensem/cun ke, ada Ferarri ke..kehehehe). Itu tidak boleh menjadi asas kepada kebahagiaan rumahtangga.

5- Hati mesti bersih. Maafkan kekasih lama, buangkan segala kebencian, dendam dan perkara yang mendatangkan dosa kerana hati menjadi kotor dan menyebabkan ia tidak mantap. Perbanyakkan solat sunat taubat untuk membersihkan hati.

6- Perbaiki penampilan, kesihatan & kebersihan. Kikis tabiat buruk contohnya selekeh/pengotor

7- Mantapkan amalan kerohanian, paling kurang solat 5 waktu. Sebahagian besar konflik rumahtangga berpunca daripada pasangan yang ingkar perintah Allah.

8- Ilmu ‘kesuamian & keisterian’. Contohnya kalau isteri merajuk, suami perlu pujuk tetapi kalau suami merajuk, isteri jangan pujuk kerana lelaki ada ego sendiri dan mereka tidak gemar apabila pasangan memujuk seolah-olah mereka tidak bijak menyelesaikan masalah sendiri.

9- Mendengar untuk elak pergaduhan. Apabila isteri marah, suami perlu senyap dan ketika suami marah, isteri perlu diam.

10- Berdikari. Mesti ada asas atau sedikit simpanan untuk bernikah. Perlu diingatkan apabila bernikah, insyaAllah, pintu rezeki akan terbuka

11- ‘Budaya patut’- sentiasa bermuafakat, berbincang dan bertanya kepada pasangan dalam setiap hal untuk menghindari sikap mementingkan diri sendiri.

12- Sentuh pasangan dan sentiasa senyum kepada pasangan setiap kali pulang dari pejabat

13- Bermaafan sebelum tidur iaitu bersalaman dan memegang tangan pasangan. Ini adalah sebahagian daripada sunnah Rasulullah.

14- Saling berpesan dan mendidik dgn penuh kasih sayang dan berlapang dada agar suasana rumahtangga aman damai.

15- Tegur menegur. Nasihatkan pasangan, jangan biar berterusan rasa kecil hati/tidak puas hati. Biar ada ombak kecil dalam rumahtangga untuk mengelakkan ombak besar.

16- Buat peraturan. Suami silap isteri tegur, isteri silap suami tegur – pada waktu yang sesuai, lepas minum, berbaring atau selepas jimak. Jangan tegur waktu tengah makan atau baru pulang dari kerja.

17- Berlapang dada & bersikap terbuka menerima teguran kerana setiap manusia TIDAK sempurna.

18- Bersyukur. NYATAKAN KEPADA PASANGAN BAHAWA ANDA BERSYUKUR KERANA BERKAHWIN DENGANNYA. Ini dapat mengurangkan pergeseran.

19- Berdoa agar terhindar dari perselisihan

20- Terus belajar. Kursus pra-perkahwinan tidak cukup. Banyakkan membaca untuk tingkatkan ilmu 21- Patuhi suruhan dan perintah Allah.

22- Cari penasihat, kaunselor atau mentor untuk mendapatkan nasihat berhubung masalah rumahtangga (tapi lelaki suka berbincang dengan kawan2 yang ‘tak berapa betul’ dalam memberi nasihat. Dan nasihat yang amat tipikal – “ngko kawen je lagi satu, abis cerita” sedangkan mereka lupa, itulah permulaan kepada bermacam2 masalah yang lebih kronik di kemudian hari)

Sekadar rujukan buat sesama kita dalam menjaga hubungan dengan yang tersayang