sweet coming....

sweet coming.....
Daisypath Ticker

Tuesday, October 09, 2007

Ramadhan yang bakal pergi...akankah lagi kita bertemu?

Assalamualaikum WBT...
Sahabat2 pengunjung yang diRahmati Allah..pertamanya, makcik nak mintak maaf byk2 sbb dah lama tak update blog nih...alhamdulillah, dah dekat penghujung Ramadhan ni, rasa terpanggil nak mengup-date..

Sebagai hamba, kita patut bersyukur sgt atas limpah nikmat Allah yang mengizinkan kita untuk bertemu dengan Ramadhan..kita telah pun berada di fasa terakhir..yang dijanjikan Allah akan perlepasan dari api neraka..MasyaAllah..hebat tawaran Allah ni...berganda-ganda-ganda-ganda-ganda hebatnya dari terlepas dari membayar hutang PTPTN..
Awal Ramadhan baru ni, sepupu belah suami dijemput Allah pulang kepangkuanNya..
sungguh,dia bertuah dijemput dengan penuh hormat..selesai mengazan,tanggungjawab yg cukup murni..selepas solat maghrib dlm perjalanan pulang ke rumah, dia "ditabrak" kereta..adakah dia menyanka yg dia akan mengadap Allah pada hari itu?
selepas pergi menziarah keluarga maklong trasa sgt kat hati ni...kita nnt mcmana mati nye? bile? kat mana? adakah amalan2 kita diterima...yg penting, adakah kita layak untuk mendapat Rahmat Allah di akhirat nnt?
Peringatan buat makcik sendiri, dan sahabat2 yang dikasihi...hargailah Ramadhan yang masih bersisa ini..beribadatlah seolah-olah kita tidak akan bertemu lagi dgn Ramadhan yang akan datang..bersadaqahlah seolah2 hanya inilah peluang kita untuk mendapat pahala setinggi 70 kali ganda...kerana kita tak pasti bila kita akan pergi..semoga Allah merahmati kita, mengampunkan kita dan membebaskan kita dari azab api neraka yang pedih.

Di kesempatan ini juga, makcik nak mintak maaf byk2 pada semua sahabat pengunjung,tersalah bahasa terkasar bicara....halalkan makan minum..jangan lupa puasa
enam ye..kepada sahabat2 yang bakal dinikahkan, tahniah diucapkan..semoga dipermudahkan Allah segala urusan, dan dikurniakan sakinah dalam perhubungan..

Salam muhibbah di Eidul Fitri..

Friday, July 20, 2007

Nilai itu terletak pada zatnya....



Ibarat seutas gelang..diikat kemas dengan tali yang kukuh untuk membentuk untaian yang indah..jika talinya rapuh,ikatannya pasti mudah terlerai...manik-manik bertabur,permatanya jatuh,indahnya hilang...

Itulah kita...kita adalah manik-manik indah,yang diikat dengan tali Iman, membentuk untaian silaturrahim yang indah..

Hadiah yang ikhlas....cantik di mata, indah di tangan, bahagia di hati..
terima kasih abang...

Wednesday, July 11, 2007

DIA...yang MAHA MENGETAHUI...

Assalamualaikum...sahabat2 pengunjung yang dirahmati Allah..Tak sedar pon,rupanya dah lama jugak tak update..
Sebenarnya susah untuk meluahkan sejujurnya pa yang kita rase..tapi rasenya update kali ni mungkin boleh berkongsi rasa dengan sahabat2 yang sama2 mengalami perasaan ni..honestly, setiap kali ada member2 yang tanya, dah ada baby ke belum, satu perasaan rendah diri dan sedih akan menjelma..huhu..cam sedih je bunyiknyer ye..ok, we should be frank here..sebenarnya sume ni urusan Allah..kita?uasaha je la mana yang mampu..
sebenarnya,seberat2 perasaan yang saya tanggung, saya tau ada orang di luar sana yang lebih berat tanggungan perasaannya....sebab?sebenarnya saya cukup bertuah kerana diberi peluang, rezki dan nikmat yang mungkin tak semua orang dapat merasa..
Pengalaman mengajar program lepasan graduan, menginsafkan betapa Allah telah mengurniakan rezeki pekerjaan..balik ke kampung dan berjumpa makcik2 yang masih solo mengingatkan betapa "aku bertuah kerana dikurniakan Allah seorang suami"...membaca berita2 akhbar yang menggerunkan, menyedarkan betapa Allah masih memelihara dan masih menguniakan nikmat Iman dan Islam dam hidup ni...
Apa lagi yang lebih kita harapkan dan kita perlukan dalam hidup ni dari Iman dan Islam? Saidatina Aisyah, puteri Abu Bakar, antara wanita agung dalam sejarah..isteri kesayangan Rasulullah setelah kematian Saidatina Khadijah..beliau ada seorang wanita yang diangkat martabatnya oleh Allah..tapi, Allah tetap mentakdirkan yang dia tidak punya rezeki untuk menimang cahaya mata...tapi itu tidak mengurangkan tarafnya sebagai hamba yang soleh di atas muka bumi Allah ini...Rabiatul Adawiyah pon tak kawen sampai tua..tapi itu tak menghalang dia untuk menjadi hamba Alah yang soleh juga...Mungkin terlalu jauh jaraknya untuk membandingkan kita yang lemah iman ni dengan hamba-hamba Allah yang hebat ibadahnya..cumanya,kita boleh ambil iktibar dan menginsafi bahawa...Iman itulah segalanya dalam hidup kita...
Buat sahabat2 yang yang belum sampai jodohnya, belum punya calon pasangan hidup mahupon belum punya pekerjaan,dan mungkin juga belum dikurniakan rezki anak, jangan susah hati dan gundah gulana selagi iman belum digoncang..kerana,selagi ada iman didalam jiwa, kita akan berusaha untuk menegakkan islam dalan diri kita...Iman dalam dada inilah yang akan menjadikan kita bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita, redha dengan ketentuanNya, melipatgandakan usaha dan doa kepadaNya..Iman ini akan menjadikan kita takut akan kemurkaan dan larangan2Nya. Iman ini akan mendorong kita menjadi lebih sensitif terhadap amaran2Nya..
Kita patut rasa gelisah dan gundah gulana bila kita tidak lagi terpanggil untuk berbuat kebajikan dan amal soleh...kita patut rasa risau bila kita tidak terpanggil untuk ke surau/masjid berjemaah bila azan dilaungkan..Kita patut risau bila kita tidak mampu lagi mengekang nafsu makan dan mentarbiah perut kita untuk berpuasa sunat isnin dan khamis..dan kita patut risau bila kita tak kisah membeli apa saja tanpa memikirkan yang kita telah menyumbang dana untuk membunuh saudara2 kita..itu yang patut kita risaukan..sebenarnya banyak lagi perkara yang kita patut risaukan dalam dunia ni daripada memikirkan sangat segala permintaan kita yang belum dimaakbulkan Allah. Yakinlah, Allah itu MAHA PENGASIH terhadap hamba2nya. Dan ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terBAIK buat hambaNya..
Berdoalah, semoga Allah menetapkan hati kita dalam agamaNya, mengukuhkan Iman kita dalam ketaatan kepadaNya...
Berdoalah untuk kebahagian saudara2 kita, semoga Allah mengurniakan kebahagiaan kepada kita..

Wednesday, June 27, 2007

Rezeki Allah...

Melihat kepada orang yang lebih rendah darimu dan jangan melihat orang yang lebih tinggi. Itulah tembok kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu. (Sahih Muslim)

Dalam hidup seharian,kadang2 susah kita nak melepaskan diri dari menghitung2, perolehan material kita setiap bulan..mmg itu la yg berlaku setiap hujung bulan..bila dah dapat gaji, tolak campur perkara2 yang perlu dilunaskan...adalah sikit2 yang tinggal untuk kita teruskan hidup..cumanya jarang sekali kita berfikir betapa bertuahnya kita punya lebihan yang "sikit-sikit" itu untuk meneruskan hidup..kerana dalam kekeluhan kita(mungkin) masih ramai hamba Allah di luar sana tidak punya apa2 untuk disimpan..apa yg diperolehi setiap hari,itulah yang akan digunakan untuk hari esok..

Sebenarnya apa yang kita nak dalam hidup ni? Harta bertimbun? Rumah besar? Kreta mewah? semua impian2 material ini hanya akan membuatkan kita hidup tertekan, resah,gundah gulana memikirkan jalan untuk menggapainya..malangnya kita...
Mengapa mesti menyusahkan hati dgn sesuatu yg tidak ditakdirkan atau yg tidak kita tau ditakdirkan untuk kita atau tidak?

Kehidupan dunia ni sementara je...Rasulullah pon byk ingatkan kita..jgn susahkan hati dan pikiran kita dgn perkara dunia..Kalau kita ni mmg jenis malas2 solat, tak rajin baca Quran, culas dalam beribadah...apalah yg nak kita harapkan dari Allah?rezki yang mencurah2?harta bergolek2?
Rezki yg Allah berikan pada kita sebenarnya sentiasa cukup..cuma perasaan cukup atau tidak itu yg Allah kurniakan berbeza-beza..merasa cukup dengan apa yg ada, itu tandanya rezki yang berkat..dari mana kita nak dapat perasaan tu? perasaan ini milik pemilik2 hati...Dia yang Mencipta kita..

Jagalah hakNya,Dia pasti menjaga hak kita...

Tuesday, June 26, 2007

nabila humaira...



Ni gambar latest anak buah terlatest..hehehe..Nur Nabila Humaira bt. Zesdyzar..Cute kan?baru setahun hari sabtu hari tu. 2 hari spend masa bersama nabila rase cam best sangat. Sejak berpindah ke gombak ni,jarang ada masa nak main2 ngn anak2 buah...
Sayangi kanak-kanak kerana mereka itu adalah penghuni syurga..bimbing mereka dan kasihi mereka dengan ilmu yang benar dan bermanfaat.

kita tak tahu....

“Fikirlah dengan sentuhan naluri hati, anda akan mendapat kebenaran yang hakiki, jauhilah keinginan nafsu yang membuta kerana anda akan sesat di dalam kegelapannya”

Monday, June 25, 2007

kita adalah hambaNya yang sangat lemah...

Firman Allah SWT :-

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Ertinya : "dan mungkin apa yang kamu benci itu adalah baik untukmu dan mungkin apa yang kamu sukai itu adalah buruk untukmu, Allah lebih mengetahui dan sesungguhnya kamu tidak mengetahuinya" (Al-Baqarah : 216)

kitakah?

Benarlah kata Rasulullah SAW berkenaan berlumba-lumbanya manusia mencari harta dunia, apabila sudah berlumba, sudah tentu dilanggarnya yang haram juga:-

فَوَاللَّهِ لَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنْ أَخَشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمْ الدُّنْيَا كما بُسِطَتْ على من كان قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كما تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كما أَهْلَكَتْهُمْ

Ertinya : Tiadalah kefaqiran yang aku bimbang menimpa umatku, tetapi yang palig ku takuti adalah umatku dibentangkan harta dunia sebagaimana yang pernah diperolehi oleh umat sebelum kamu, maka ia menyebabkan kamu berlumba-lumba mendapatkannya sebagaimana mereka juga pernah berlumba-lumba, dan akhirnya menghancurkan mereka sebagaimana ia akan menghancurkan kamu juga" ( Riwayat Al-Bukhari, 3/1152 )

Thursday, June 21, 2007

Nikmatnye sihat....

Alhamdulillah, Allah beri jugak kesempatan untuk mengupdate blog nih..kadang tu mmg takde idea nak tulih mende2 walaupun banyak perkara yang rase nak dikongsi..Tapi kali ni, kesungguhan nak berkongsi ni lain macam sket...

Sbnrnya badan ni tak brape sihat lagi..tapi dek segan nak pi jumpe dokter mintak mc untuk hari ke-4,makcik gagahkan la jugak badan ni pi keje..alhamdulillah, kak ina tumpangkan keta dia,so takde la lenguh sgt nak menapak.

5 hari diuji Allah dengan ujian demam selsema ni,sebnrnya cukup menginsafkan. Baru la terasa sangat2 yang sihat tu sangat berharga, bermakna dan NIKMAT la..baru la tekenang, nikmatnya makan masa sihat,nikmatnya bekerja masa sihat, nikmatnya tido masa sihat..masa sakit ni?letak la ayam masywi pon...klu tekak tu dah sakit,sume tak terliur..nak keje pon rase sakit2 badan..tido pon tak nyenyak...sume serba tak kena..

MasyaaAllah..baru Allah test demam 4-5 hari dah macam nak rebah bukit atas kepala je rasa...sebnrnya itulah tahap Iman hambe yg lemah...Hamba yang Imannya pejal, ujian sebukit hanya bagaikan pepasir mungkin...klu takat demam,sakit kepala tu mgkin tak goyah perasaan...

Sesunguhnya, sakit yang Allah timpakan itu merupakan ujian atau peringatan atau penebusan dosa kecil yang telah kita lakukan..baik buat yang ditimpa sakit mahupun yang menjaga si pesakit..

Dalam setiap kesakitan yang kita alami, hitungkan segala nikmat yang telah dicucuri..
nescaya kita akan menemui bahawa nikmat Allah itu terlalu banyak dibandingkan dgn ujian yang kita hadapi...

Tuesday, May 22, 2007

berangkat,berangkut dan berpindah randah...

Alhamdulillah..selesai sume urusan perpindahan.Ni kiranya perpindahan kali kedua selepas berkahwin.Memang penat keje berangkat berangkut nih..jenuh..lenguh..tapi nak buat camana..itulah lumrah kehidupan..perlu membuat keputusan untuk memperbaiki keadaan..walaupun memenatkan,moga2 ia berbaloi..
hmm...bila dah pindah ni macam2 gak pengalaman dan pengajaran yang patut kita renungi dan buat pedoman untuk masa akan datang...sebagai penyewi,selalunya kita mmg mengharapkan rumah yang kita sewa dari penyewa tu cantik,besar,bersih,wangi,selamat, baik(tak rosak) dan murah.Tapi tak sume yg kita harapkan tu menjadi kenyataan.Dah naa pon rumah orang..kalau tak puas hati...blah je la...senang citer..cheewah...
sebenarnya sewa-sewi ni cumalah suatu platform yg Allah ciptakan untuk kita saling berhubung antara satu sama lain..kita tak penah kenal penyewa sblm nih..dek kerana kita menyewa rumah dia, kita pon jadi kenal..kadang tu mmg rumah yg dia sewakan tu banyak kekurangan..tapu kadang2 dia pon tak tau..Sbnrnya Allah saja nak tgk mcmana kita menjalinkan silaturrahim kita..adakah kita akan bertemu dan berbincang dgn baik?atau kita protes taknak bayar sewa?atau kita mengamuk dan mencunteng dinding cam budak baru abis spm?so?..hmm..kita kan orang dewasa yg bertamadun..bincang la cara baik.yang tak elok bagitau..mintak apa2 yang patut..tapi biar la munasabah..
insyaAllah kalau kena caranya boleh je dipertimbangkan..kalau kita jadi penyewa pon camtu la gak..pastikan rumah yg nak kita sewakan kat org tu mmg rumah la..bukan reban atau gudang garam.. sekurang-kurangnya,jaga kebajikan penyewi kita dari sudut keperluan asas..api, air,pintu dan halaman tu dalam keadaan baik..klu tak kita akan menyusahkan penyewi kita...
"Bila seseorang hamba Allah yg kafir meminta sesuatu dari Allah, Allah akan kabulkan permintaan hamba tersebut secepat mungkin kerana Allah tidak suka mendengar suara hamba yg kafir itu memohon dari Allah..."

"Tapi bila seseorang hamba Allah yg beriman meminta sesuatu dari Allah, Allah akan tangguhkan permintaan tersebut. Allah akan beri hambaNya itu kekuatan dan kesabaran utk menghadapi ujian. Allah tangguhkan kerana Allah suka mendengar suara hambaNya yg beriman utk terus meminta2 dariNya..."

(20 Mei 2007)
Selamat Ulangtahun Pertama Perkahwinan kita.. : )

Selamat menempuh alam baru kepada bakal2 pengantin..

Alhamdulillah...dapat gak carik masa untuk update blog nih...2-3 minggu ni,banyak dapat jemputan walimah..alhamdulillah,ramai sahabat2 yang bakal bertambah pahala dan darjat dengan status baru.
Buat adik2,sahabat muslimin yang bakal menjadi suami, selamat memikul amanah berat yang Allah taklifkan. Bersyukurlah atas anugerah isteri yang Allah kurniakan. Jangan abaikan AMANAH Allah sebagai suami. Fahamilah, bahawa isteri2 antum bukanlah wanita agung seperti isteri dan anak2 Rasulullah yang tahap kesabarannya sangat luar biasa. Yakinlah, isteri antum itu dikurniakan Allah terbaik untuk antum. Rela berkorban harta, memendam rindu berjauhan dan bersabar atas kekurangan antum. Hargai kasih sayang dan perhatian mereka terhadap antum. Tunjukkan penghargaan antum walau hanya sekadar sekuntum senyuman bersama ucapan terima kasih...
Buat adik2,sahabat muslimat, ada satu nasihat dari seorang ustaz yang nak dikongsikan..Nasihat ni ustaz Mohd.Noor, melaka yang bagi masa pagi sebelum pernikahan,setahun lepas..ustaz pesan, "selepas bergelar isteri,mesti banyakkan bersabar,bersabar,bersabar dan bersabar...tiada nasihat yang lebih berharga yang ustaz nak bagi kecuali bersabar.Jangan tinggal jamaah,baca quran dan Qiamullail."
Buat sahabat2 yang bakal menjadi isteri,bersyukurlah kerana Allah mempermudahkan kita untuk membuat ibadah yang pahalanya berlipat ganda berbanding semasa kita tidak bergelar isteri. Suami kita adalah mad'uu kita...yang tidak kita terjangka cabarannya. Tingkatkan pergantungan pada Allah bila menghadapi kesukaran. Jangan suka memendam perasaan, sakit jiwa nanti...kalau perlu nangis untuk melegakan hati,nangisla..kerana airmata mmg Allah cipta untuk wanita..ia buakan senjata, tapi pelepas hiba.
Hehehe...macam dah lama sangat kawen plak bila bagi nasihat kat orang cam nih...ini cuma perkongsian ilmu,dan sedikit pengalaman. Ramai sahabat2, kawan2 opis yang dah bertahun kawen bagitau, tahun 1-3 mmg tahun yg agak kritikal dan sensitif. Kuatkan hati, tingkatkan kesabaran. So, kalau gaduh2 sket,merajuk2 sket, biasalah,baru nak berkenalan. Tapi menangani masalah dalam tempoh ni sangat penting, kerana ia mencorak keluarga kita pada masa hadapan....cheewah..(cam mak nenek pon ada)

Last but not least, khas buat sahabat2 yang dah menghantar kad jemputan ; ije&arifin, hamdan&che lah, ummu,izaty, selamat menempuh alam baru. Semoga Allah memberi Rahmat dan HidayahNya hingga ke akhirat nanti, InsyaAllah..

Ya Allah...

Ya Allah..
Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu..
bertemu untuk mematuhi perintahMu..
bersatu memikul beban dakwahMu..
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan mendokong syariatMu..
maka eratkanlah ya Allah, akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar)..
Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap..
Lapangkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMu..
Ya Allah..
Jika Engkau mentaqdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu..
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..
Ya Allah..
Perkenankanlah permintaan ini..

Perkahwinan itu adalah...pertemuan dua hati dengan 1001(mungkin lebih) perbezaan...
Tautkannya dengan iman...
Teguhkannya dengan nasihat dan bimbingan...
Kukuhkannya dengan doa dan kasih sayang...
Pertahankannya dengan kesabaran dan pengorbanan...

Friday, March 30, 2007

cepatnya masa berlalu...

alhamdulillah,setelah berminggu-minggu di tengganu,balik gak ke serdang nih..Tu la keje..sebab tu la ramai yang kata,masa blajar lagi best..rilek jerr..keje pon tak banyak..cepat betul masa berlalu..Dalam rasa lambatnya masa berlalu,rupanya masa berjalan terlalu pantas.(mungkin lebih sesuai sebut masa memecut kut..)
bila duduk2 saje...tekenang citer2 masa blajar,masa kat skolah,masa kanak2,terasa sangat kelajuan masa bergerak...sampai tak tekejor...macam kita dgn azam kita la..masa awal tahun kita buat azam,kita rase kita punya banyak masa untuk menjayakan azam kita...hingga akhir tahun menjengah,barula kita realize,kita telah membiarkan masa berlalu tanpa kita berusaha melunaskan azam kita..macam jugak masa baru2 kawen..macam2 kita rancang,kita azam...pastuh?jawab sendiri la...hehehe..takde pape pon,cuma nak ingatkan diri sendiri..yang masa itu telah berlalu laju...jgn bazirkan masa untuk usaha yang tak mendatangkan paedah pada diri sendiri dan umat ini di akhirat nnt..pikir pasal untung kat dunia ni kadang tak sudah2...so,jgn pikir sangat la untung kat dunia ni..nanti boleh gile..dahulukan keuntungan akhirat,dunia itu akan menyusul..bukan tak payah pikir,cuma jgn dipikirkan sangat...sebab ape?sebab orang yang memntingkan untung dunia ni sanggup berbohong...sanggup menipu..sanggup menderhaka...sanggup mengkhianat...sanggup memfitnah...sanggup membunuh...dan macam2 kesanggupan lain lagi,yang tak sanggup kita buat...kisah Rasulullah menjolok tekak cucunda baginda kerana makan kurma sedekahan orang,patut kita renungi dan insafi..betapa Rasul itu tergamak memaksa cucunya mengeluarkan sebiji tamar...hanya sebiji tamar..tapi demi keuntungan akhirat,Rasulullah tetap menjoloknya keluar.....
KITA?brapa banyak makanan yang tidak halal masuk ke perut kita?kalaupun tidak haram mungkin syubhat?brapa ramai antara kita yang sanggup menolak KFC, McDonald,Nestle Johnson&Johnson dan sekutu2nya dengan perasaan sayang terhadap saudara muslim yang ditindas Israel?Adakah kita golongan yang memikirkan keuntungan dunia dari keuntungan akhirat?tepuk dada tanyalah IMAN...

Chicken RUNNNNN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, March 15, 2007

masihkah kau ingat?

Ntah kenapa,masa baca-baca balik fail yang simpan dalam komputer ni, terjumpa fail nih..mungkin ramai antara kita pon dah lupa..yang pasti,setiap kali baca semula ucapan wakil palestin ni, meremang bulu roma..seram je rase...buat tuan punya blog dan penziarah, semoga peringatan wakil palestin ni akan selalu kita kenang dan ambil tindakan.
"Kami para pejuang tidak perlu anda kasihani kerana kami sungguh bertuah kerana telah dipilih Allah untuk membebaskan tanah suci kita.
Pilihan yang Allah beri kepada kami hanya dua, samada kami menang dalam
perjuangan ini atau kami syahid. Setiap dari kami mengimpikan setiap saat
untuk syahid atau membebaskan Al Aqsa. Tetapi saudara2 kami yang tidak
berdaya, wanita dan kanak2 amat memerlukan sumbangan kewangan dan doa dari
kamu, atau apa2 saja sumbangan yang boleh meringankan penderitaan kami,
yang dapat menyekat kezaliman ke atas kami.
Kami berjanji, dgn sumbangan2 kamu, sekiranya kami syahid, kami akan
menuntut daripada Allah SWT supaya berkongsi pahala2 kami dengan kamu
kerana
itu adalah janji kami. Tapi, sekiranya kamu tidak berbuat sewajarnya untuk
membantu saudara2 kamu yang tertindas ini, awas, kami tidak akan melepaskan
kamu, kami akan mengheret kamu ke hadapan Allah, kami akan mengadu kepada
Allah supaya Allah memberikan pembalasannya yang keras terhadap
kamu....Lakukanlah semaksimum yang kamu mampu, dan doakanlah kemenangan
untuk kami dan pembebasan tanah suci kita, agar suatu hari nanti, kami dan
kamu, akan dapat bersolat, berjemaah bersama-sama di Masjidil Aqsa ini."

Ameen.

Kadang-kadang kita ambil mudah dengan duit yang kita belanjakan untuk membeli product2 zionis n friends ni..tapi bila terbaca balik ancaman saudara dari palestin nih....isyk...senak perut makan aiskrim nestle....berselera je kita layan nafsu makan kita kat McD..saudara2 kita kat palestin?makan kentang pon belum tentu....

Kisah burung yang membawa air di dalam mulut kecilnya untuk memadamkan api
besar yang membakar Nabi Allah Ibrahim as. sepatutnya menjadi pengajaran pada kita.
Burung kecil yang berulang-alik menghembuskan titisan air ke atas api besar
menjadi bahan ketawa haiwan2 lain yang melihat perbuatannya yg sia-sia itu.
Namun kata burung, " Walaupun sumbangan ku kecil, aku mesti melakukan juga
kerana aku tidak punya alasan sekiranya di tanya Allah, apa yang telah aku
lakukan untuk membantu Ibrahim apabila melihat Nabi Allah dibakar oleh
Namrud yang kejam."

Burung pon takut pada soalan2 Allah..kita?

Wednesday, March 14, 2007

Rintihan as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin

Berikut adalah petikan sebahagian ucapan Syeikh Ahmad Yassin selepas cubaan membunuh beliau gagal pada 6/9/2003
Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ?
Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.
Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku.
Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.
Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.
Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan ?Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman?
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai muhahid.
Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x) .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami.
Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami.

Tuesday, February 27, 2007

kita dan perjuangan....

betul ke kita seorang pejuang? betul ke kita wajib berjuang? layakkah kita jadi pejuang? apa yang kita perjuangkan? apakah kita mengerjakan amalan-amalan dan berperilaku sebagai seorang pejuang? apa pandangan kita terhadap perjuangan kita? betulkah apa yang kita perjuangkan?

Hidup kat malaysia ni semakin hari semakin sesak je rasenye..hidup kat dunia ni akan sentiasa terasa sesaknya kalau kita tidak jelas dengan hakikat kewujudan kita di dunia ni..kita ini hamba..hamba yang lemah tanpa suatu apa pun kekuatan melainkan kekuatan yang sedikit yang dikurniakan oleh Allah yang Maha Kuat..justeru perjuangan yang paling wajar kita ikuti tentulah perjuangan mempertahankan segalan kemanisan yang Allah kurniakan..IMAN...kadang bila menyelak surat khabar,kita menggeleng-geleng kepala membaca berita2 yang memualkan dan mengerikan...bagaimana perkara2 'ngeri'seperti ibu membunuh anak sendiri, gadis meninggalkan mak ayah untuk bersama kekasih..apa sebenarnya yang berlaku?adakah iman mereka menipis?adakah iman mereka rapuh?goyah?goncang?atau....itu adalah cubaan buat mereka sebelum mereka menikmati kemanisan iman yang sebenarnya?
kita sendiri?sejauh mana usaha kita untuk mempertahankan 'ketebalan' iman kita? keteguhan dan kekerasan iman kita? sedar tak sedar,sebenarnya kita selalu membuat perkara yang menipiskan iman kita...berbanding 'menebalkan' iman, kita lebih cenderung 'menipiskan' iman....
kita selalu merancang untuk menebalkan iman. tapi bila ada kesempatan, kita berusaha untuk menipiskan iman...contohnya?pengalaman sendiri la...dulu masa blajar kat upm,slalu berniat untuk selalu pi surau subuh2,pi kuliah2 maghrib kat sekitar serdang kalau ada motor..tapi bila dah ada, tak pi pon....yang rajin pi nyer?pasar malam..grand u..jalan2...
kitaran ni akan sentiasa berlaku dan berlalu tanpa sebarang perubahan..kesedaran kita hanya untuk beberapa waktu yang terlalu singkat...hasilnya?kita menjadi golongan yang tercicir....

Thursday, February 15, 2007

Kisah Penjual Tempe

bagus kisah nih..bacalah. sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat menandingi kekuasaan Allas swt..amin...moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun
mengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,
"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,
"Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya
"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...

Friday, January 26, 2007

Tarbiyyah dari Allah..

“ Wahai orang yang berselimut, Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tidak dapat untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu. Atau pun lebihkan(sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan tartil. Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahi (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakan) . Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.”

(Al-Muzammil : 1 - 7)


Lately slalu sgt borak ngn kak emi pasal pendidikan anak2..berita yang slalu kluar kat paper memang menyenakkan perut2 ibu yang mengandung seperti kak emi..sbb tu la kami slalu bincang kaedah terbaik mendidik anak sebagai langkah dan ikhtiar agar anak2 kami berada dalam golongan yang dipelihara Allah iman dan akhlaknya..Yang terbaik,sebelum berniat mentarbiyyah anak, usahakanlah mentarbiyyah diri..

Thursday, January 18, 2007

Akal...anugerah hebat dari Allah buat makhluk bernama manusia..

Seseorang yang tidak berpikir berada sangat jauh dari kebenaran dan menjalani sebuah kehidupan yang penuh kepalsuan dan kesesatan. Akibatnya ia tidak akan mengetahui tujuan penciptaan alam, dan arti keberadaan dirinya di dunia. Padahal, Allah telah menciptakan segala sesuatu untuk sebuah tujuan sebagaimana dinyatakan dalam Al-Qur'an:

Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." (QS. Ad-Dukhaan, 44: 38-39)
Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (QS. Al-Mu'minuun, 23:115)


Oleh karena itu, yang paling pertama kali wajib untuk dipikirkan secara mendalam oleh setiap orang ialah tujuan dari penciptaan dirinya, baru kemudian segala sesuatu yang ia lihat di alam sekitar serta segala kejadian atau peristiwa yang ia jumpai selama hidupnya. Manusia yang tidak memikirkan hal ini, hanya akan mengetahui kenyataan-kenyataan tersebut setelah ia mati. Yakni ketika ia mempertanggung jawabkan segala amal perbuatannya di hadapan Allah; namun sayang sudah terlambat. Allah berfirman dalam Al-Qur'an bahwa pada hari penghisaban, tiap manusia akan berpikir dan menyaksikan kebenaran atau kenyataan tersebut:
Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya. Dia mengatakan,

"Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini." (QS. Al-Fajr, 89:23-24)

Padahal Allah telah memberikan kita kesempatan hidup di dunia. Berpikir atau merenung untuk kemudian mengambil kesimpulan atau pelajaran-pelajaran dari apa yang kita renungkan untuk memahami kebenaran, akan menghasilkan sesuatu yang bernilai bagi kehidupan di akhirat kelak. Dengan alasan inilah, Allah mewajibkan seluruh manusia, melalui para Nabi dan Kitab-kitab-Nya, untuk memikirkan dan merenungkan penciptaan diri mereka sendiri dan jagat raya:

Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka?, Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya." (QS. Ar-Ruum, 30: 8)

Muhasabah diri : sudahkah kita berfikir hari ini?apa yang kita fikirkan?adakah apa yang kita fikirkan itu suatu ibadah?adakah pemikiran kita itu membawa kita lebih hampir kepada Allah?

Artikel di atas disunting dari : http://www.harunyahya.com/indo/buku/bagaimanaseorang001.htm