sweet coming....

sweet coming.....
Daisypath Ticker

Thursday, April 10, 2008

Kemenangan : Antara bonus dan ujian ketaqwaan

Assalamualaikum para pengunjung..

Tak adil rasanya bila tak meng"update" blog nih..Rasa macam menganiaya pengunjung pula..
Alhamdulillah..PRU12 yg selalu disebut2 tu akhirnya berlalu juga..keputusan rasmi pon tak tersebar ke serata dunia..dan keputusannya?Anda sendiri barangkali lebih arif dari saya..
Perkara yang telah berlalu tiada lagi bermakna jika tiada renungan,penghayatan dan tindakan yg diambil...Kemenangan itu juga( yg saban hari di tagih kemenangannya) akhirnya akan hanya tinggal sejarah hitam jika tidak tidak direnung hikmahnya..

Kenapa saya katakan bakal menjadi sejarah hitam?kenapa tidak sejarah manis?yang tidak akan dilupa buat selamanya oleh para pejuangnya?

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah...
Perjuangan kita adalah perjuangan mencari REDHA Allah...Mardhatillah....kemenangan ini hanyalah satu permulaan kepada perjalanan yang masih panjang...
Masakan tidak ia boleh bertukar menjadi sejarah hitam jika dari sekarang tidak kita tekuni hikmah Allah memberi kita "pinjam" kemenangan ini....kemenangan ini bukan kemenangan mutlak. Kemenangan ini sebenarnya adalah ujian ketaqwaan...

Kita (saya dan kamu yang byk berbincang persoalan kemenangan ini),apa yg telah kita lakukan setelah kita dianugerahkan Allah kemenangan ini?
Bertambahkah ketaqwaan kita pada Yang memberi kemenangan ini?
Bertambahkah amalan kita?
Bertambahkah semangat juang kita?
Bertambahkah ilmu kita?
Bertambahkah kefahaman kita terhadap Al-Quran dan sunnah Rasul junjungan?
Bertambahkah khusyuk solat kita?
Bertambahkah bilangan kaum muslimin yg bersolat subuh berjamaah di masjid-masjid dan surau?

ATAU..

Kita selalu mengelak untuk kembali bertugas..
Kita semakin culas untuk menunaikan amalan2 solat...
Kita semakin jauh dari ilmu dan orang2 berilmu..
Kita semakin banyak alasan untuk solat subuh berjamaah di masjid /surau2..

Sebulan sudah berlalu..sebenarnya,disaat kita diumumkan menang, ketika itulah sebenarnya tiupan trumpet peperangan bermula keran syaitan dan kuncu2nya telah pon bersiap sedia dgn segala kelengkapannya untuk memperhebatkan serangan memperdaya kita dgn "pinjaman" ini..

Ia mesti bermula dgn diri kita(saya dan kamu semua)..
kita perlu sedar bahawa kemenangan ini bukan tiket untuk kita bersenang lenang dan ketawa ria lupa diri..
kita perlu menambahkan ketaqwaan kita pada Yang memberi kemenangan ini,
menambahkan ilmu kita,
melipatgandakan usaha kita,
menambahkan kefahaman kita terhadap Al-Quran dan sunnah Rasul junjungan,
menambahkan khusyuk solat kita,
menambahkan bilangan kaum muslimin yg bersolat subuh berjamaah di masjid-masjid dan surau....
Semoga kita dianugerahkan kemenangan yang sebenar,iatu MARDHATILLAH....

Jauh di sudut hati saya, saya mmg bimbang...sangat bimbang...bimbang kemenangan ini tidak terisi dgn nilai2 yang dituntut oleh Yang memberi kemenangan..
Nauzubillah, saya juga bimbang kemenangan ini bakal membuat kita hanyut dan timbulnya fitnah terhadap Islam..Justeru, hikmah kemenangan ini perli diperhalusi dan disyukuri selayaknya kita sebagai hamba-Nya yg hanya meminjam kemenangan yg entah sampai bila akan dipinjamkan..kerana, kemenangan sebenar hanya di Akhirat sana...

Monday, February 25, 2008

SELAMAT MENGUNDI!!

UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF.

12 TERAS UTAMA MANIFESTO PAS UTK RAKYAT MALAYSIA.

* Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih
* Pengurusan Berhemat (Pruden) Kekayaan Negara
* Jaminan Keselamatan Nyawa, Kehormatan dan Harta Benda dengan Membenteras Jenayah.
* Pendidikan Menyeluruh Pemacu Perubahan
* Jaminan Perkhidmatan Kesihatan Rakyat
* Kebajikan Pekerja Sektor Awam dan Swasta
* Pembelaan Kebajikan Menyeluruh Mesra-Rakyat
* Tawaran Istimewa Bagi Kaum Wanita
* Memajukan Industri Pertanian sekaligus Membela Kaum Petani dan Nelayan
* Dasar, Etika dan Amalan Media Massa Adil, Bersih dan Demokratik
* Pemuliharaan Alam Sekitar
* Dasar Perpaduan Nasional

DAPATKAN MAKLUMAT DAN INFO TERKINI DI LAMAN WEB BERIKUT:

http://pru12.pas.org.my/manifesto/ManifesFinalDetail.pdf
http://pru12.pas.org.my/
www.harakahdaily.net
www.no2umno.blogspot.com
www.detikdaily.net
www.tranungkite.net
www.suarakeadilan.net
www.sanggahtoksago.blogspot.com
www.n32.blogspot.com

MALAYSIA YANG KITA SAYANGI, TANAH TUMPAH INI ADALAH MILIK SEMUA RAKYAT MALAYSIA. ANDA SEBAGAI PENGUNDI BEBAS MEMILIH SESIAPA PUN YANG ANDA FIKIR LAYAK UNTUK MEMERINTAH MALAYSIA. TETAPI KAMI MERAYU ANDA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG BEBAS MEMBERI PELUANG UNTUK BA(PAS DAN KEADILAN) MEMERINTAH MALAYSIA SELAMA 5 TAHUN INI. JANJI KAMI UNTUK MEMBERIKAN KHIDMAT YANG TERBAIK KEPADA ANDA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA. DAN JIKA BA GAGAL MENUNAIKAN JANJI BA DALAM TEMPOH TERSEBUT, ANDA SEBAGAI RAKYAT YANG BEBAS MEMILIH BN SEMULA PADA PRU 13.
BERSATULAH KITA RAKYAT MALAYSIA…

Sebarkan kepada semua rakyat Malaysia..

Wednesday, January 16, 2008

Selamat Tahun Baru 1429H/2008

Alhamdulillah...kita masih diberi pinjaman oleh Allah untuk meneruskan hidup di tahun baru ni.Ape khabar sahabat? Terima kasih kerana ada yang masih sudi berkunjung..

Apa azam tahun baru?macamana azam tahun lepas?semoga tertunai dan diperbaiki lagi tahun ni...memetik kata-kata ustaz Hasan Din dalam slot Keluarga di TV9 masa malam tahun baru yang lepas.." yang penting apabila kita menginjak ke tahun baru ini adalah muhasabah.."

Ada buat post mortem?saya stuju sangat dgn kata2 Ust.Hasan Din ni...kita ni manusia yang sgt lemah..jadi gunakan segala kekuatan kita yang telah Allah kurniakan untuk menjalani hidup kita dengan lebih baik..

Hidup kita ni yang penting (sebagai hamba Allah)hanya redha Allah..bukan duit,bukan pangkat,bukan harta bertimbun-timbun, bukan tanah berelung-relung, bukan anak yang ramai, bukan isteri yang cantik, bukan suami yang kaya, bukan kerjaya yang hebat dan banyak lagi yang bukan....ianya hanya satu...iaitu MARDHATILLAH....
Hakikatnya kita mmg sering terlupa yang itulah tujuan kita hidup...kita sering mengungkit-ungkit dan berkira-kira ttg "ketakcukupan" gaji kita, "kesedikitan" harta kita,"kerendahan" status kita...sedangkan yang mencukupkan dan yang menentukan segala perolehan kita adalah Allah....

Sepanjang tahun lepas, apakah usaha yang telah kita lakukan untuk mempertingkatkan mutu kehidupan kita...kita mengaharap Allah mengurniakan rezki pada kita, tapi bagaimana usaha yang kita curahkan?brapa kali kita bertahajud?berapa rakaat solat sunat yang telah kita dirikan?brapa kali Quran itu kita khatam dan hayati maknanya...yang terpenting, bagaimana kita mengambil segala sunnah Rasullah sebagai amaln bagi membuktikan yang kita ini adalah ahli sunnah? biarlah pangkat kita tak tinggi, gaji tak banyak, harta tak melimpah..tapi kita perlu yakin yang redha Allah itu akan mencukupkan segala yang kita perlukan...

Usaha bersungguh-sunguh,tingkatkan pergantungan pada Allah, perbaiki amalan2 wajib,perbanyakkan amalan sunnah, sentiasa perbaharui taubat, gandakan doa dan tawakkal.....insyaAllah kita akan dibela, kerana Dia lah yang Maha Kuasa..tiada pembelaan yang lebih penting dari pembelaanNya, tiada pandangan yang lebih penting dari pandanganNya...

Semoga Allah memberikan kita semua hidayah, qudrah dan hikmah untuk meneruskan hidup pada tahun ini...