sweet coming....

sweet coming.....
Daisypath Ticker

Thursday, December 14, 2006

" TIDAK AKAN REDHA (YAHUDI DAN NASRANI) SEHINGGA KAMU MENGIKUTI (MENURUTI KEMAHUAN2) MEREKA"

Assalamualaikum tetuan,

Mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramu se-iman !!!

Jika tidak...maka seluruh Muslim di dunia bisa saja mendapatkan informasi yang salah dan keliru tentang Islam, untuk itu dimohon agar dapat menyebarkan pesan ini segera setelah membacanya.

Waspadalah terhadap website di bawah ini:

1. <http://www.answering-islam.org/> www.answering-islam.org

2. <http://www.aboutislam.com/> www.aboutislam.com

3. <http://www.thequran.com/> www.thequran.com

4. <http://www.allahassurance.com/> www.allahassurance.com

Situs-situs tersebut telah sengaja dibuat oleh kaum Yahudi yang senantiasa gencar menyebarkan pemahaman yang salah tentang Al-Qur'an, Hadits dan Islam Sekali lagi, mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh saudara Muslim di dunia.

Selalu waspada dan jeli terhadap semua sumber informasi tentang Islam yang ada di beberapa Islamic Website, meskipun kelihatannya sungguh meyakinkan.

message received via esma_z62@yahoo.co.uk

Tuesday, December 05, 2006

Berita baik untuk PEMAAF

Suatu hari para sahabat melihat Rasulullah s.a.w duduk sambil tertawa dengan gembira sekali. Saidina Umar r.a pun bertanya," Mengapa ?"
Rasulullah menjawab, "Ada 2 orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya . Yang seorang berkata : "Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!,"
Maka berkatalah yang dituntut itu dengan kesedihan : "Ya ALLAH , wahai Tuhanku ! Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya , maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada saudara ini,"
Maka lantas dijawab oleh orang yang menuntut itu,"Oleh itu maka orang ini mesti mengambil segala dosaku sebagai gantinya!," Tatkala itu kelihatan Rasulullah s.a.w mengalirkan air mata nya menahan kesedihan yang menimpa nasib orang yang dituntut itu, lalu meneruskan sabdanya : "Kemudian ALLAH S.W.T berfirman kepada orang yang menuntut itu,"Angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga," Apabila dilihat oleh si penuntut itu atas syurga yang penuh didalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah yang diperbuat daripada emas bertahtakan perak, intan , permata yang elok-elok ,"Apakah itu semua untuk nabi-nabi atau apakah untuk orang yang syahid?,"
Maka dijawab ALLAH S.W.T :"Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya !,"
Maka kata si penuntut "Ya ALLAH ! Siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli syurga yang amat hebat itu?,"
Maka dijawab ALLAH S.W.T ,"Engkau pun dapat membayarnya. Iaitu dengan mengampuni saudara yang telah menzalimimu.Maka kata si penuntut itu: "Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku!"
Firman ALLAH S.W.T :"Pimpinlah tangan saudaramu bersama-sama kedalam syurga itu.
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda :"Maka berbuat baiklah kepada saudara mu sesama muslim,".

artikel ni dari adik tersayang yang dok kat seremban..semoga diberkati Allah..hmm...kadang2 memang sukar untuk memaafkan kesalahan/kesilapan orang pada kita...bayangkan rahmat dan kasih sayang Allah pada kita, rendahkan ego kita, dan maafkanlah. Memaafkan itu menghapuskan dosa, mendekatkan rahmat Allah, mengeratkan silaturrahim dan membuka pintu rezeki...

Monday, November 27, 2006

jauh...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah,selawat dan salam buat Rasul junjungan...salam hormat dan salam rindu buat suami,mak,bapak dan buat adik2 sahabat yang berkunjung ke blog ni...terima kasih kerana sudi berziarah..
lama tak berhubung ngan sahabat2..rindu plak rase...rindu gaduh2 dalam meeting...rindu berkonvoi ke program...rindu makan berdulang bersama....sungguh...rindu itu hadir bila semua yang berlaku tidak lagi dilalui bersama...dan rindu itu hadir bila kita berjauhan dari orang2 tersayang....(huhuhu..saya keseorangan di terengganu... ='<)
hmm..macam tak sangka rupanya dah hampir ke hujung tahun..adik2 pon dah ramai yang bercuti...sahabat2 pon barangkali mnunggu surat posting...dan dalam musim cuti pon jadi musin menikah gak...so, sahabat2 yang baru menyahut 'seruan' tahniah diucapkan..kepada yang bakal, selamat menikah la ye...kepada sahabat2 yang dah dapat keje tahniah dan bersyukurlah...kepada yang sedang mencari, teruskan berusaha dan jangan putus asa...
oklah,rasanya cukup setakat ni untuk hari ni...doakan saya diberi kekuatan untuk meng'update' blog ni esok ye...maasalamah..

Friday, November 10, 2006

ke"diam"an yang panjang...

AllahuAkbar..AllahuAkbar..AllahuAkbar..walillahilhamd...

Alhamdulillah...setinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah kerana kasih sayang dan limpahan nikmat yang tak pernah putus Allah kurniakan pada kita..buat sahabat2 yang diingati,ampun maaf dipinta andai ada kekasaran dalam perkataan dan pergaulan...
hmm..dah lame benor tak menulih ni...rase kekok plak..tapi sbnrnye rindu sangat nak berkongsi citer2 dalam blog nih..alhamdulillah,setelah memaksa diri dan atas kudrat yang Allah kurniakan ni,dapatla blog ni diupdatekan...mmg agak sibuk sket lepas masuk keje ni...kene outstation...kene pi training..kene buat test...alhamdulillah,ini kesempatan meningkatkan kualiti diri yang Allah kurniakan....
kadang2..kita tak perasan betapa Allah tu MAHA Pemurah,Pengasih,Penyayang...setiap permintaan kita walaupun hanya detikan hati,Allah pasti akan kabulkan...cuma waktu yang berbeza...kadang tu dah dekat 10 tahun perkara yang pernah kita terpikir dulu tiba2 Allah kabulkan.....malangnye kita ni,kadang2 bila dah dapat tu kita mengeluh la plak....huduh betul la...dah la mintak2..dah dapat tak bersyukur plak tu....
hmm...kerdilnye kita ni kan?

Thursday, September 07, 2006

20 PERKARA JANGAN

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang
menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan
kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita
ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang
terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus
saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam
akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.


1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau
tertidur lain cerita..

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut
kalau² terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh
kerana ia membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan .

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi²
itu membuka pintu berkat)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita
dikongsi syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati
dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan
mewarisi kepapaan.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila² masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau
memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita.
Hilang bahagia.
14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan
memurahkan rezeki kita

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya
untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba
ciptaannya.

Sabda Rasulullah SAW, " Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat".

p/s : artikel ni dpt dari email yg dihantar.moga dapat jadi panduan bersama..tertarik dgn perkara pertama ;jangan lengahkan solat..tringat shbt baik saya,fizah dalam usaha nak saya solat awal dan tinggalkan keje2 yg tak ber faedah yg tgh dibuat (bc komik/main game/termenung/buat bodo)..dia kata "kak,nnt kalau Allah tanya,nape kau solat lambat?akak nak jawab ape?Ya Allah, aku...bc komik/main game/termenung/buat bodo. MASYAALLAH...malunyer!!!!trima kasih adik...sbnrnya itulah kaedah terbaik untuk kita insafi diri kita..bayangkan kita dihadapan Allah menjawab setiap pertanyaan atas setiap perbuatan kita...RABBANA ZHOLAMNA AN(M)FUSANA..WAIN(L)LAM TAGHFIRLANA,WATARHAMNA LANAKUNANNA MINALKHOSIREEN...

Friday, September 01, 2006

merdekakah kita?\

Assalamualaikum....
alhamdulillah...akhirnya Allah bagi jugak kesempatan nak update blog nih...sbnrnye mmg nak sgt update hari2,tapi kekangan masa tidak mengizinkan.kepada sahabat2 dan adik2 yang sudi berkunjung,trima kasih banyak2...slamat menyambut hari kemerdekaan..kadang rase tak paham bile tiap2 tahun masih tak berubah kaedah/method sambutan perayaan kemerdekaan peringkat kebangsaan.tiap2 tahun pon ada artis..tiap2 tahun pon ada makhluk2 berpeleseran..tiap2 tahun pon ada makhluk yang terkinja2 kat padang besar...tiap2 tahun pon ada konvoi motor yang yang tak bermasej, menambah kesesakan jalan dan menyusahkan orang ramai..
Ya Allah,kurniakanlah kami iman yang teguh, hati yang patuh padaMu dan jiwa yang merdeka dari perhambaan kepada makhluk2Mu...

Wednesday, August 02, 2006

hidayah Allah...

dah lama tak update blog nih..sibuk sket.tadi bukak web bawah ni.citer pasal org2 hebat yang dikurniakan Allah hidayah.bacalah...

http://www.welcome-back.org/profile/profile_list4.shtml

Monday, July 31, 2006

boikot!!!



kita rase ape?

dah lama tak update blog ni..kebelakangan ni byk isu hangat ttg umat islam..umat islam ditindas dan diserang di lubnan dan palestin..ancaman yahudi yang tak pernah surut..kat negara kita pon tak ketinggalan..isu IFC dan kumpulan artikel 11 yang cuba menggugat kuasa mahkamah syariah..menggugat umat islam sendiri..sebenarnya dua golongan ni(pendokong IFC&artikel 11 dan yahudi) tak jauh beza.dua-dua pon dengkikan islam...banyak maklumat pasal pertubuhan2 yang memusuhi islam ni...yang tu,sahabat2 bleh tgk sendiri kat web dorang...cuma saya nak kongsikan bersama kata2 Haji Muhammad Buruk, ahli peguam pembela Islam.." orang islam kita di lubnan diserang.kita buat ape?kita tak buat ape2...kita buat biase je...mahkamah syariah kita digugat kuasanya...kita buat ape?kita tak buat ape2..kita buat biase je..anak2 kita diancam kemurtadan..kita buat ape?kita tak buat apa2...kita buat biasa je..."
kenapa?kenapa hilang sensitiviti kita terhadap apa yang berlaku ke atas saudara mara kita?agama kita dihina kita buat blurrrrr je?kenapa?kita...terlalu banyak makan makanan yg syubhah...hati kita terhijab...doa kita tak bisa dibawa malaikat ke langit teratas...
kita menjadi masyarakat yang pentingkan diri...kita rela biarka saudara2 islam kita dihina dan dibelasah yahudi laknatullah dengan duit kita sendiri...duit yang kita SUMBANGKAN melalui nestle...melalui mcdonald...melalui carefour..melalui johnson and johnson..melalui danone...kenyang perut kita!!!cantik kulit kita pakai losyen J&J!!!!cantik barang2 rumah kita dengan barangan carefour!!!semua tu berbau DARAH!!!DARAH SAUDARA2 ISLAM KITA!!!tepuk dada tanya iman....

BOIKOT!!!!!
http://www.inminds.com/boycott-brands.html

Wednesday, July 26, 2006

Monday, July 24, 2006

HANCUR!HANCUR!HANCUR KUFFAR!!!!!!

baru dapat emel dari member...
sahabat2,please...jagan pi dah la kat starbucks tuh..
mmg terang2 depa dok support us ngn israel utk serang sedara mara kita kat middle east tuh..
kite mmg teruk betul la kalau sanggup lagi nak minum kat situ..

http://www.ziopedia.org/content/view/578/1/

malu sehhh....

baru lepas tgk video insiden yg berlaku kat kafe12/14 upm...huduhnyerrrr la perangai org nih...malu woo....bak kate minah karan..malu sioott...isyk,ni yg malu nak mintak keje ni,sume org tau kat upm ada "gerila ala gorila"..takde adab langsung..kot ye pon marah,buat la gaya budak u,berhikmah dan berpengetahuan..letak kat lutut kot akai tuh...yang paling malu tu,nampak yang teraniaya tu budak2 chinese..yg dok melolong-lolong tu budak melayu,islam barangkali?adik2 upm mesti lg tau citer ni kan?pada those yg tak tau tu bleh pi kat blog bawah ni..tgk sendiri gaya "gerila ala gorila" dorang tuh...isyk..malu sehhh...

http://surf-my.blogspot.com/2006/07/another-fight-club-video.html

Friday, July 21, 2006

dr Imam Al-Ghazali..

bila mencari teman untuk mencapai kebahagiaan akhirat,
perhatikanlah benar2 urusan agamanya..
dan bila mencari teman untuk memperolehi keperluan duniawi,
maka perhatikanlah ia tentang kebaikan budi pekertinya..

Thursday, July 20, 2006

Alhamdulillah....

hari ni pi upm..hantar report LI and..again,i be the demo for PHY3304. Alhamdulillah..rezeki..tambah ilmu,tambah pengalaman, tambah pendapatan, insyAllah...
smlm baca blog member..dia baru lps clash ngn pakwe dia..ujian...mungkin Allah nak kita muhasabah..sbnrnya setiap kali kita lihat org lain diuji,kita spatutnya cepat2 muhasabah...ujian Allah beza2 bagi setiap hambaNya..yang pasti sume tu adalah Kasih SayangNya pada kita..Dia mahu kita bersabar..bersyukur..bermuhasabah dan kembali mendekatiNya..bersabar atas ujian,bersykur dengan perhatianNya pada kita dan bermuhasabah atas kekurangan dan kelemahan..semoga kita jadi hamba Allah yang lebih TAQWA selepas ujian berlalu...yakinlah wahai sahabatku,matahari yang Allah alihkan sebentar hanya satu sebab untuk mengurniakan kau sebuah pelangi indah yang lebih bermakna...Allah itu Tuhanmu dan yakinlah kepadaNya..salam sayang buat sahabatku,syifa..

mY deAr AdEqs..



LIFE is like ROADs we travel..
some r SMOOTH, some r ROUGH..
some i,d rathe forget..
but there's one road i wont regret ..
the road where we met and became FRIENDS..

Tuesday, July 18, 2006

Swit mEmo..


Troubles as light as air,
as deep as the ocean,
friends as solid as diamonds,
and success as bright as gold..
These are my wishes for you,today,everyday and forever!

sibuk ke menyibuk?

kadang-kadang tak tau nak tulis ape dalam blog nih...
tersentak sekejap bile baca pasal keganasan israel kebelakangan ni..dorang mmg makin melampau!!!rase marah sgt bile bace dan tgk gambar2 mangsa2 kekejaman dorang tu. kesalnya bila mengenangkan kelemahan diri dan ketakmampuan membantu saudara2 di sana..kita di malaysia mmg sgt kurang sensitiviti...cuba tanya kat org2 yang pi tgk konsert2 AF,mentor dan ntah hape2 lagi tu....dorang sedar tak sedar benda yang berlaku skrg ni?kita?kita ni sedar ke?cuba semak2 balik brape banyak dah duit kita labur untuk pengganas2 Yahudi laknatullah meratah-ratah saudara2 kita?kita lebih sayang nak avoid diri kita dari makan sume barang2 keluaran ZIONIS dari menahan nafsu demi menyelamatkan saudara2 kita...kita terus menyumbat perut kita dgn McD,KFC,Nestle dan macam2 lagi yang memenuhi selera perut kita...slamber je kita makan...slamber....kita mmg slamber bab2 menzalimi sedara mara kita sendiri nih....

Friday, July 14, 2006

Hati.............

BILA HATI TELAH BERKARAT…

Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati Allah akan menyebabkan hati menjadi berkarat.

Hati yang rosak ini akan menyebabkan diri manusia itu semakin jauh dari Allah dan semakin tersesat dari jalan yang benar.

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air.

Seorang sahabat telah bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?"

Maka jawab Rasulullah, "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran."

Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.

Rasulullah bersabda : "Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (Al Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong." Riwayat At Tirmizi.

Thursday, July 13, 2006

UTAMAKAN KESIHATAN – SIHAT SEPANJANG HAYAT

INFO :-

PANDUAN DIET MALAYSIA
- nikmati pelbagi jenis makanan
-kekalkan berat badan yg sihat dgn mengimbangkan pengambilan
makanan dan aktiviti fizikal yg lazim
-lebihkan makan nasi, legum, buah-buahan dan sayur-sayuran.

PANDUAN PIRAMID MAKANAN
1)kurangkan penggunaan lemak dlm penyediaan makanan dan pilih makanan yg rendah lemak dan kolesterol
2)gunakan garam secara sederhana dan pilih makanan yang rendah kandungan garam
3)kurangkan pengambilan gula dan pilih makanan yang rendah kandungan gula
4)minum banyak air setiap hari
5)amalkan dan promosikan penyusuan susu ibu

PANDUAN AMALAN PEMAKANAN YANG BAIK
1)mempelbagaikan jenis makanan setiap hari
2)makan mengikut UMUR dan tahap AKTIVITI
3)pilih makan harian dari GABUNGAN makanan yang memberi TENAGA, PROTEIN, VITAMIN, dan BAHAN GALIAN (ikut PIRAMID MAKANAN)
4)lebihkan makan BUAH-BUAHAN, SAYUR-SAYURAN hijau dan kuning, kekacang dan semua hasil biji-bijian.
5)Lebihkan makanan SEGAR dan SEMULAJADI
6)Makan sedikit dari SETIAP makanan tapi TIDAK terlalu banyak dari sejenis makanan sahaja
7)Makan secara TERATUR dan kurangkan MAKANAN RINGAN
8)Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari
9)Makan bila rasa lapar dan bukan keranan makanan telah tersedia
10)Makan dengan perlahan-lahan
11)Berhenti makan bila kenyang dan bukan bila terasa kekenyangan


ANDA STRESS???

Punca Stress

Masalah kewangan, Menunggu lama, Konflik rumahtangga, Kena buli, Rasa rendah diri, Beban kerja, Penyakit fizikal, Kesesakan lalulintas, Persekitaran yg tidak selesa, Tragedi

Gejala Stress
Gelisah, Risau keterlaluan, Gangguan tidur, Kurang tumpuan kerja, Cepat marah

Amalkan 10 B
Bertenang
Bernafas dengan dalam
Berkata: Relakslah...
Beribadat
Bercakap dengan seseorang
Berurut
Berehat dan mendengar irama yg menenangkan
Beriadah
Bersenam
Berfikiran positif

Bijak Menangani Stress
1) tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja
2) praktikkan pemikiran yang rasional dan positif
3) berkomunikasi secara berkesan
4) tangani kemarahan secara berkesan
5) praktikkan pengurusan masa yg berkesan
6) amalkan cara hidup sihat

Uruskan Masa Dengan Bijak
1) akui anda hanya ada 24 jam sehari
2) senaraikan tugas-tugas anda dan utamakan mengikut kepentingan dan keperluan
3) deligasikan tugas anda secara berkesan
4) jangan berlengah dan belajar cara mengatasinya

AKTIVITI FIZIKAL
Demi kesihatan lakukan aktiviti fizikal berintensif sederhana secara kumulatif 30 minit setiap hari ( 10 minit setiap sesi )

Berjalan pantas / berkebun / bersukan / berbasikal / berenang / joging / naik tangga


Kunjungi ;
http://nutriweb.org.my
www.infosihat.gov.my

Wednesday, July 12, 2006

Saidina Ali KaramallahuWajhah...

Saidina Ali adalah sahabat dan menantu Rasulullah yang banyak meninggalkan mutiara hikmah untuk panduan manusia2 selepasnya...

"Selemah-lemah manusia adalah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"

"Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang."

Sahabat dan persaudaraan adalah elemen penting yang ditekankan dalam islam...hidup berjamaah juga adalah satu daripada implementasinya...sejauh mana kita menghayati dan menghargai persahabatan dan persaudaraan kita dengan sahabat2 dan saudara2 kita?

Tuesday, July 11, 2006

BOIKOT TAIKALY!!!!

ARTIKEL NI DARI HARAKAHdaily...since ramai pengunjung blog ni org2 upm,saye nak menyeru la pada sume...jangan lupe bagitau kawan2 yang lain...Anak saya yang bekerja di pasaraya Taikaly di Taman Sri Serdang telah tidak dibenarkan sembahyang Asar kerana waktu dia rehat itu ramai pelanggan. Majikan juga telah mungkir janji akan membenarkan dia rehat untuk bersolat.

Anak saya mengambil keputusan berhenti bekerja dan dia tidak mendapat apa-apa bayaran di atas alasan dia tidak bekerja cukup sebulan.

Beliau menceritakan beberapa orang lagi pekerja telah berhenti kerja juga kerana tidak dibenarkan solat oleh majikan.

Tidak keterlaluan jika diandaikan pasaraya Taikaly mempergunakan penat-lelah pekerja-pekerja Islam secara percuma, semata-mata kerana pekerja-pekerja tersebut berhenti kerana bekerja “tidak cukup sebulan”

Saya mengajak semua orang Islam yang menjadi pelanggan tetap di pasaraya Taikaly memboikot pasaraya Taikaly, kerana tuan punya yang bersikap ‘biadap dan tidak menghormati” kita orang-orang Islam. Sedangkan saya percaya majoriti pelanggan pasaraya Taikaly adalah terdiri dari kalangan orang-orang Islam.

Boikot pasaraya Taikaly kerana pemiliknya menghina Islam dan tidak menunaikan janjinya.


p/s; dah lama tak update..kadang buntu pikir nak isi ape dalam blog nih...

Wednesday, July 05, 2006

Tuesday, July 04, 2006

manissss...............

manis bicara, indah tutur kata...
manisnya iman, pengikat ukhuwwah...
hati yang manis bercahaya,kemanisan iman terasa...

Monday, July 03, 2006

hmmm....

Assalamualaikum....harap sahabat2 sumer sihat walafiat disamping orang 2 tersayang...tak tau nak tulis ape..cume 2-3 menjak ni saya banyak berfikir tentang perancangan masa depan..rupanya hidup ni mmg mencabar bagi manusia yang Allah berikan ujian..kadang2 kita tak pernah terfikir yang Allah akan menguji kita dengan apa yang kita hadapi...tapi kadang2 kita bleh agak ujian yang bakal hadapi melalui masalah yang timbul...cuma yang nak saya kongsi dgn sahabat2 ialah cara yang islam anjurkan untuk menghadapi ujian2 Allah ni...Allah pon dah kate,mmg setiap perkara tu datang dari Dia..Dia kan Maha Kuasa,Maha Pencipta,Maha Mengetahui...mmg hak Dia nak buat apa2 kat kita....cuma kita kadang2 lupa yang kita ni hamaba...selalu sombong dan eksyen...nak dilayan yang best2 je..bila dapat layanan yang tak best(ujian) kita mula menyalahkan Allah dan membelakangkan Dia....Islam menyarankan kita supaya tetap teguh menghadapi ujian dengan sabar dan solat....SO?bersabar dan banyakkn solat..solat yang wajib tu dah tentu la...ni solat2 sunat..Qiam...tahajjud..solat2 iringan.......tapi ni lah kita kan...dah la malas nak buat solat2 sunat,solat2 fardhu pun kita tak cermat...tak jaga waktunya...hmmm...percayalah,sayalah orang pertama yang akan Allah uji dengan setiap apa yang saya tulis...sahabat2,doakan saya tetap teguh di jalanNya...

Friday, June 30, 2006

Al-Fatihah (The Opening)

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful;
Praise be to Allah, the Cherisher and sustainer of the worlds;
Most Gracious, Most Merciful;
Master of the Day of Judgement;
You (alone) do we worship and Your aid we seek;
Show us the straight way;
The way of those on whom You has bestowed Your Grace,those whose (portion) is not wrath, and who go not astray.

Thursday, June 29, 2006

Mutiara hikmah Umar al-KHattab

"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar".

Wednesday, June 28, 2006

Friendship..

Beauty of friendship base on respect,
Joy of friendship base on trust,
Strength of friendship is base on love and IMAN...

Tuesday, June 27, 2006

Azab Bagi Wanita (tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg kamu kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah
menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan, aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat
tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,
dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk
karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu
kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Friday, June 23, 2006

kita?

alhamdulillah...kita masih diberi kesempatan untuk bernapas...untuk ape oksigen yang bergelen2 kita dah sedut arini?beribadah?beramal keranaNya?berbuat maksiat kepadaNya?nauzubillah...semoga Allah memelihara kita...sebenarnya manusia ni ada banyak pilihan..nak untung di dunia dan rugi di akhirat?atau untung di akhirat dan rugi sket didunia?atau untung di dunia dan untung juga di akhirat?atau kita nak jadi orang malang yang rugi di dunia dan juga rugi di akhirat?nauzubillah.....kebanyakan kita mungkin mengharap untuk untung di akhirat...biarlah rugi sket di dunia takpe....kononnya....tapi kebanyakan tindakan,kelakuan sikap dan usaha kita sebenarnya sibuk untuk mendapat keuntungan duniayang sementara yang tak bermakna....macamana kita nak untung di dunia dan juga di akhirat?

Wednesday, June 21, 2006

hujan...

hujan yang turun bagaikan mutiara...lebat hujan petang ni...rahmat Allah..bila hujan,macam kita bleh dgr...hujan renyai2,ada bunyi syahdu...sayu..rahmat Allah untuk beri ketenangan hati...bila hujan lebaaaatt,guruh dan petir sambar menyambar,terasa peringatn dan teguran Allah....boleh jadi ada di antara kita yang mengeluh kecewa apabila Allah turunkan hujan..tapi tidak kurang yang bersujud syukur atas kurniaan besar ini....kita?sesungguhnya dalam setiap penciptaan langit dan bumi ada tanda2 kebesaran Allah.ucapkanlah Alhamdulillah kerana Dia lebih tau ttg keperluan kita....

Monday, June 19, 2006

selamat hari ulang bulan pernikahan.....

Hmmm...esok cukup2 sebulan kawen...cepat sungguh mase berlalu...rase aritu baru je tunang..tetibe je dah kawen...pastu tetibe je dah sebulan....kiamat dah nak dekat...semoga amalan2 kita semakin bertambah dan diterima Allah...

Jangan perkecilkan amalan yang baik walaupun hanya sekadar bermanis muka...

alhamdulillah....besar rahmat Allah pada hamba2Nya walaupun hamba2Nya selalu melalaikan tanggungjawab dalam menunaikan tanggungjawab kepadaNya..kenapa kita hidup?jawapan paling biasa didengar ialah mencari keredhaan Allah..matlamat akhir adalah akhirat, cita2 kita semoga Allah izinkan kita masuk syurga..persoalannya,layak ke kita masuk syurga dengan amalan yang tak seberapa?hakikatnya..kita sebenarnya hanya mampu menjejaki syurga dengan Rahmat dan kasih sayang Allah sahaje..dalam umur yang tak berapa panjang,amalan yang tak banyak,tak istiqomah plak tu....hanya Rahmat Allah yang dapat kita dambakan..berusahala mengerejakan amalan yang baik, walau sekadar bermanis muka kepada saudara2 kita dan bercakap dengn perkataan yang baik kepada mereka...kadang2 kita ambil remeh perkara ni,sedangkan penilaian Allah itu buakan pada besar nya perbuatan kita tapi penilaian Allah pada ikhlasnya hati....sahabat2...balik rumah nanti bari salam sebelum masuk umah, pandanglah warga rumah (kakak/abang/adik/mak /ayah/suami/isteri/kucing/kambing) kita dengan pandangan kasih sayang dan tegur dan berguraulah dgn mereka dengan mesra...semoga Allah pertautkan dan mempereratkan hati2 kita...

Friday, June 16, 2006

syukur.....

alhamdulillah....arini ada gak masa sket nak update blog nih...arini, pagi2 lagi dah dgr ceramah ust ismail kamus pasal bab syukur...so,nak share la sket....rupanya,nak jadi golongan syakirin ni sangat susah...bak kate Jiha(anak buah),SUSAH NAU!sebelum kita sampai ke stage syakirin, kita perlu menjadi alim,warak,redha,thabat baaaarulah sampai kat syukur....kadang kita dapat duit banyak,kita kate syukur alhamdulillah dapat duit...pastu duit tu kita buat hape?beli baju sendat?rokok 2 katon?menambah koleksi kasut?SAH!!mmg kita tak paham syukur tu ape....sahabat2,kalau ada masa,duit lebih, beli la buku bab syukur ni...kalau malas nak membaca, elok la beli kaset ust ismail ni...syukur tu macam berterima kasih la jugak...kalau berterima kasih pada yang berhak menerima maka akan bertambah kesyukuran...TAPI, kalau salah berterima kasih, kita akan jadi syirik.....

Wednesday, June 07, 2006

Jangan bersedih,Jadilah Wanita paling bahagia..

Artikel ni dipetik dari buku karangan Dr.'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni...hadiah dari seorang lelaki bergelar suami...

Emas ketiga...Cukuplah Kemuliaan anda dengan menjadi seorang muslimah....

Jangan kau putus asa
kerana tidak melihat jalan keluar
kalau begitu, dimanakah Allah dan taqdirNya?

Segala sesuatau yang menimpa anda saat berjuang di jalah Allah, merupakan penebus dosa2 anda atas izinNya..bergembiralah dengan khabar yang dititip dalam hadith ini :
"Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktunya, dan memelihara kehormatannya, nescaya ia akan masuk syurga Tuhannya" (hadith riwayat Ahmad)

Monday, June 05, 2006

Bersyukurlah dijadikan sebagai wanita....

artikel ni dapat dr member untuk dikongsi bersama....

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripadasuaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada apineraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Friday, June 02, 2006

Rindu...

Rindu itu adalah...
Anugerah dari Allah..
Insan yang berhati nurani,punyai rasa rindu...
Rindu pada kebenaran..rindu pada kedamaian...rindu pada ketenangan dan juga kebahagiaan...

Kemana rindu kita disandarkan?

Wednesday, May 31, 2006

Pernikahan mengeratkan persaudaraan...

Alhamdulillah..berkat usaha dan kesabaran,dengan rahmat Allah, sebahagian agama telah disempurnakan...tinggal sebahagian lagi untuk disempurnakan...2 minggu ni mmg tak sempat nak update blog..kepada sahabat2 yang datang meraikan, terima kasih banyak2...sungguh,perasaan lega,lapang dada dan tenang dapat dirasakan...hikmah pernikahan,hubungan yang halal dan mengeratkan persaudaraan....kepada sahabat2 yang yang berpunya,cepat2 usaha untuk bernikah..permudahkan urusan,jangan membazir masa dan wang untuk usaha agama ni, insyaAllah, Allah akan membantu dan memudahkan..

Wednesday, May 17, 2006

khamis....jumaat...hmm...

Adakah anda cukup bersedia untuk berkahwin? Mungkin tidak, berdasarkan kajian pakar motivasi terkemuka tanahair, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, ramai pasangan sebenarnya tidak bersedia, terutama dari segi persiapan mental.

22 Petua Untuk Pengantin Baru (..& lama)

1- pasang niat untuk menjadi suami/isteri terbaik disertai doa & ikhtiar agar benar2 termakbul. Berjaya atau tidak itu soal kedua tetapi perlu ada kesungguhan dan usaha ke arah itu.

2- Mental perlu berubah. Ubah perangai yang menjadi amalan ketika belum berkahwin contohnya terlalu manja dengan ibubapa atau sering keluar berseronok dengan rakan2 yang masih bujang.

3- Programkan mental – perkahwinan itu adalah yang pertama dan terakhir.

4- Hati perlu mantap. Tiada dakwa-dakwi/berbelah bahagi terhadap pasangan yang menjadi pilihan. Jangan berkahwin atas sebab terpaksa, malu, terhutang budi atau simpati (jgn kawen dek kerana dia ensem/cun ke, ada Ferarri ke..kehehehe). Itu tidak boleh menjadi asas kepada kebahagiaan rumahtangga.

5- Hati mesti bersih. Maafkan kekasih lama, buangkan segala kebencian, dendam dan perkara yang mendatangkan dosa kerana hati menjadi kotor dan menyebabkan ia tidak mantap. Perbanyakkan solat sunat taubat untuk membersihkan hati.

6- Perbaiki penampilan, kesihatan & kebersihan. Kikis tabiat buruk contohnya selekeh/pengotor

7- Mantapkan amalan kerohanian, paling kurang solat 5 waktu. Sebahagian besar konflik rumahtangga berpunca daripada pasangan yang ingkar perintah Allah.

8- Ilmu ‘kesuamian & keisterian’. Contohnya kalau isteri merajuk, suami perlu pujuk tetapi kalau suami merajuk, isteri jangan pujuk kerana lelaki ada ego sendiri dan mereka tidak gemar apabila pasangan memujuk seolah-olah mereka tidak bijak menyelesaikan masalah sendiri.

9- Mendengar untuk elak pergaduhan. Apabila isteri marah, suami perlu senyap dan ketika suami marah, isteri perlu diam.

10- Berdikari. Mesti ada asas atau sedikit simpanan untuk bernikah. Perlu diingatkan apabila bernikah, insyaAllah, pintu rezeki akan terbuka

11- ‘Budaya patut’- sentiasa bermuafakat, berbincang dan bertanya kepada pasangan dalam setiap hal untuk menghindari sikap mementingkan diri sendiri.

12- Sentuh pasangan dan sentiasa senyum kepada pasangan setiap kali pulang dari pejabat

13- Bermaafan sebelum tidur iaitu bersalaman dan memegang tangan pasangan. Ini adalah sebahagian daripada sunnah Rasulullah.

14- Saling berpesan dan mendidik dgn penuh kasih sayang dan berlapang dada agar suasana rumahtangga aman damai.

15- Tegur menegur. Nasihatkan pasangan, jangan biar berterusan rasa kecil hati/tidak puas hati. Biar ada ombak kecil dalam rumahtangga untuk mengelakkan ombak besar.

16- Buat peraturan. Suami silap isteri tegur, isteri silap suami tegur – pada waktu yang sesuai, lepas minum, berbaring atau selepas jimak. Jangan tegur waktu tengah makan atau baru pulang dari kerja.

17- Berlapang dada & bersikap terbuka menerima teguran kerana setiap manusia TIDAK sempurna.

18- Bersyukur. NYATAKAN KEPADA PASANGAN BAHAWA ANDA BERSYUKUR KERANA BERKAHWIN DENGANNYA. Ini dapat mengurangkan pergeseran.

19- Berdoa agar terhindar dari perselisihan

20- Terus belajar. Kursus pra-perkahwinan tidak cukup. Banyakkan membaca untuk tingkatkan ilmu 21- Patuhi suruhan dan perintah Allah.

22- Cari penasihat, kaunselor atau mentor untuk mendapatkan nasihat berhubung masalah rumahtangga (tapi lelaki suka berbincang dengan kawan2 yang ‘tak berapa betul’ dalam memberi nasihat. Dan nasihat yang amat tipikal – “ngko kawen je lagi satu, abis cerita” sedangkan mereka lupa, itulah permulaan kepada bermacam2 masalah yang lebih kronik di kemudian hari)

Sekadar rujukan buat sesama kita dalam menjaga hubungan dengan yang tersayang

Tuesday, May 16, 2006

renungan.......

"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar".(Umar bin Khattab)

Monday, May 15, 2006

kultum.....

Alhamdulillah,petang ni ada kultum oleh bapak bambang...banyak perkara yang kita x sedar tentang segala kurniaan Allah.Allah sediakan segala-gala-gala-galanya untuk kita ikut..mudah,xpayah nak pikir2 sendiri aturan hidup macamana aku nak buat?Allah dah prepare sume untuk kita...spy hidup kita jelas matlamatnya..hanya orang2 yang bongkak,angkuh dan sombong je yang taknak ambik cara hidup Islam ni...antara isi penting tazkirah pak bambang : fahami rukun Islam..
Syahadatain : mission statement..inilah misi kita kan?intipati syahadatain;hidup,mati,amal,makan,minum sume kerana Allah.
AsSolah : character building...baik solat kita,terpeliharanya solat kita begitu jugalah sifat dan akhlak kita..
AsSaumu : self controlling...setahun sekali,inilah madrasah tarbiyyah kita..
AzZakah : colaboration strategy...sumbangan kepada masyarakat dalam menyempurnakan suatu ummah. para Sahabat dulu menangis bila dapat tau dorang tak layak membayar zakat..kita?senyum juga satu zakat yang sunat..mudah,murah dan sgt bermakna..kalau zakat wajib membersihkan harta, senyum boleh membersihkan kekeruhan....senyumla selalu.. (^-^)
Al-Hajj : total action...gabungn semua amalan2 di atas yang membawa kepada pengorbanan terbesar...merendahkan diri kepada ilahi, sama taraf sesama hamba...brape ramai antara kita yang byk duit tapi tak nak jgk menunaikan haji....

semoga Allah menambah ketaqwaan kita....

debornye koi.....

5....4.....3....2.....1......kringgggg!!!!!

Wednesday, May 10, 2006

kasih ibu ayah tak berpenghujung...

makin hampir harinya,makin terasa sebak kat dada....segunung emas, sebukit berlian sekawah permata sekalipun takkan mampu membalas..hanya Allah yang berkemampuan membalas setiap titik peluh mereka....hargai mereka sementara berkesempatan...bykkan doa,taati Allah dan RasulNya...semoga kesolehan kita menjadi saham yang bermanfaat kepada mereka.......
dalam sehari, brape kali kita berdoa untuk ayah dan ibu kita?biasanya, bagaimana kita melayan ibu dan ayah kita, begitulah kita akan dilayan oleh anak2 kita....

Tuesday, May 09, 2006

apa niat kita sebenarnya?

tepuk dada tanya iman....selalu kita terlepas pandang ttg niat kita.sedangkan dalam susunan hadith 40,persoalan niat menjadi penghulu kepada hadith2 tersebut...hari2 kita makan, minum, mandi, masak , buang sampah, main, melompat, berguling, kadang2 balik kampung sumernye tanpa niat yang disandarkan kepada Allah...ruginya kita,sebab sume perkara yang tidak disandarkan niatnya pada Allah akan jd sia2.kita dapat keuntungn di dunia tapi tidak di akhirat....selalunya dan biasenya kita cuma berniat untuk melepaskan diri dari keadaan asal je..contohnya,makan sebab nak hilangkan lapar,minum 8 gelas untuk ksihatan...jarang sekali kita bersungguh menyatakan niat kita untuk mendapat keredhaan Allah dalam setiap perkara yang dilakukan...sebab tu la kadang2 kita buat sume perkara kurang bersungguh...main2 je..makan main2, minum main2, main pun main2...bila kita nak makan, kita amek mknn yg luar dari kemampuan kita utk habiskan..sudahnya kita bg tong sampah makan.dapatkah kita keredhaan Allah dari kegiatan makan kita td?hmm...ni sumer persoalan yang mungkin sangat remeh.tapi kita akan rugi besar bila ambil mudah perkara pokok mcm ni...semoga Allah beri petunjuk, panduan dan bimbingan pada kita untuk menjalani kehidupan harian, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.semoga apa yg kita rancang selari dengan perancang an Allah......hmm....satu soalan, apa niat kita bernikah sebenarnya?

Monday, May 08, 2006

hari ibu?hari2 hari ibu......show ur love

alooo pren....let's speking London 4 a while.... When u feel u r alone in a crowd.....When u feel no 1 can understand u....When ur love is rejected by others....& When u hate ur life.... Just close ur eyes & see her face who loves u more than anyone else.....who cares for u in loneliness & dies for u when u cry.......she is no one but ur sweet loving MOM.....Love her more than anyone else in this world....Bcoz only she was, is and will be there for u all the time.... Pass this message to every one u know, if u love ur MOM

Subhanallah...

x sangka dah 8 mei..hari ni dah start LI..usai sudah pengajian di upm...macam tak sangka je..cepat sungguh masa berlalu..alhamdulillah,Allah masih meminjamkan nyawa dan tubuh badan yang sihat serta kurniaan hebat,iman dan islam...hmm...tanda2 akhir zaman yg semakin jelas...setahun macam sebulan..sebulan dah macam seminggu je...seminggu dah macam sehari...sehari?aaa....tau2 dah petang.mlm tido,tau2 dah pagi....sebenarnya usia kita sgt singkat...persoalannya....bagaimana kita mengisi kesingkatan usia kita ni?dalam sehari, brape kali kita bertasbih?bertahmid?beristighfar?baca Quran?bersedeqah?semoga Allah jauhkan kita dari tergolong dalam orang2 yang rugi.....

Friday, April 28, 2006

gambate kudasai!!

Wanita Solehah-Bidadari Mencemburui Kesolehannya....

Perhiasan yang menjadi dambaan.."Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini? Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki. Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah: " Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."

Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya. Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu. Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi. Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-sutau perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas! Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud: "Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya" (Riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)"

Thursday, April 27, 2006

Marah?merajuk?

Ada sorang kawan baik yang sangat baik bagi artikel ni....sebab dulu saye suke merajuk dan marah-marah....

Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.

Siapa yang kena penyakit merajuk?
Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.

Punca merajuk

Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai tuan, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan. Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Apakah merajuk lebih baik dari marah?
Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah. Dia sebenarnya sudah tertipu. Dan kalau dia tidak bertaubat atas dosanya ini, dia akan dihukum di akhirat kelak.

Bagaimana mengubati sikap merajuk?

Untuk mengubati sikap merajuk, kita perlulah tanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan. Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak. Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang menyakiti hati kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita. Kalau Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita, tentu ia tidak akan berlaku. Berlakunya ia ke atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku. Sifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan. Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula....


semoga Allah ampunkan dosa kita yang bergunung-gunung.....

Tuesday, April 25, 2006

Bismillahirahmanirrohim.....

alhamdulillah....idup lagi arini...
sbnrnye tak tau nak tulih ape dalam nih...mende ni pun ada orang yang baik hati tolong setupkan.kalau nakk harapkan diri yang "Celik It" ni buat mmg 2020 la baru jadik...anyway Terima kasih banyak2 ye.....insyaAllah kita akan dapat bkongsi mende2 yang berfaedah....

Saturday, April 22, 2006

Mahligai Kasih..

Asma' binti Kharijah Fazari berkata kepada anaknya sewaktu perkahwinan anaknya dengan berkata:
" Hai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang tempat engkau dilahirkan sehingga menjadi besar. Kini engkau mesti beralih ke suatu tempat dan rumah yang belum kau kenal dan engkau mesti berkawan dengan seoarang yang belum di kenali. Itulah suamimu, jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi langit untukmu. Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia akan menjadi tiang untukmu. Jadikanlah dirimu pengasuhnya, nescaya ia akan menjadi hambamu. Janganlah engkau menghimpunkan untuknya berbagai kesukaran, sebab itu akan membuatkan ia meninggalkanmu. Janganlah engkau terlampau jauh daripadanya, nanti ia akan melupakanmu. Tetapi kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan sekiranya ia menjauhimu, jauhilah ia dengan baik, peliharalah suamimu, hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah suamimu itu mencium sesuatu dari dirimu melainkan yang harum, jangan pula ia mendengar melainkan yang enak, jangan pula ia melihat melainkan yang indah dari diri mu. "

Wednesday, April 19, 2006

Salam Kasih Sayang


Assalamualaikum wbt wbh..Salam Rindu, Salam Kasih Sayang, Salam Perjuangan buat sahabat seperjuangan walau di mana saja kalian berada.

Buat pertama kalinya saya muncul di ruangan ini,di dalam blog saya sendiri di dunia siber ini iaitu ruangan jaringan maklumat dan ilmu yang tanpa sempadan berlegar2 dan menanti manusia dari segenap penjuru dunia.

Namun perlu disedari bahwa di sini,kita sebagai pejuang agama perlu mengambil inisiatif, mengorak langkah meluaskan uslub dakwah kita yang mana tidak saja terhad kepada persekitaran kita saja malah perlu terjun ke dunia siber ini.

Di mana di sini lah juga kita boleh menyampaikan ilmu dan peringatan kepada shbt2 dan orang ramai terutamanya remaja yang terlalu leka dengan dunia siber ini. Boleh dikatakan di sinilah tumpuan utama remaja, pemuda & pemudi menghabiskan masa mereka seharian.

Oleh itu, semoga terhasilnya blog ini diharapkan dapat memberi sedikit sebnyak sumbgn di dalam menyampaikan ilmu dan peringatan bersama orang ramai. Di manaNabi kita pernah bersabda "Sampaikanlah walaupun satu ayat.."

Salam Ukhuwwah
Salam Kasih Sayang..