sweet coming....

sweet coming.....
Daisypath Ticker

Wednesday, January 16, 2008

Selamat Tahun Baru 1429H/2008

Alhamdulillah...kita masih diberi pinjaman oleh Allah untuk meneruskan hidup di tahun baru ni.Ape khabar sahabat? Terima kasih kerana ada yang masih sudi berkunjung..

Apa azam tahun baru?macamana azam tahun lepas?semoga tertunai dan diperbaiki lagi tahun ni...memetik kata-kata ustaz Hasan Din dalam slot Keluarga di TV9 masa malam tahun baru yang lepas.." yang penting apabila kita menginjak ke tahun baru ini adalah muhasabah.."

Ada buat post mortem?saya stuju sangat dgn kata2 Ust.Hasan Din ni...kita ni manusia yang sgt lemah..jadi gunakan segala kekuatan kita yang telah Allah kurniakan untuk menjalani hidup kita dengan lebih baik..

Hidup kita ni yang penting (sebagai hamba Allah)hanya redha Allah..bukan duit,bukan pangkat,bukan harta bertimbun-timbun, bukan tanah berelung-relung, bukan anak yang ramai, bukan isteri yang cantik, bukan suami yang kaya, bukan kerjaya yang hebat dan banyak lagi yang bukan....ianya hanya satu...iaitu MARDHATILLAH....
Hakikatnya kita mmg sering terlupa yang itulah tujuan kita hidup...kita sering mengungkit-ungkit dan berkira-kira ttg "ketakcukupan" gaji kita, "kesedikitan" harta kita,"kerendahan" status kita...sedangkan yang mencukupkan dan yang menentukan segala perolehan kita adalah Allah....

Sepanjang tahun lepas, apakah usaha yang telah kita lakukan untuk mempertingkatkan mutu kehidupan kita...kita mengaharap Allah mengurniakan rezki pada kita, tapi bagaimana usaha yang kita curahkan?brapa kali kita bertahajud?berapa rakaat solat sunat yang telah kita dirikan?brapa kali Quran itu kita khatam dan hayati maknanya...yang terpenting, bagaimana kita mengambil segala sunnah Rasullah sebagai amaln bagi membuktikan yang kita ini adalah ahli sunnah? biarlah pangkat kita tak tinggi, gaji tak banyak, harta tak melimpah..tapi kita perlu yakin yang redha Allah itu akan mencukupkan segala yang kita perlukan...

Usaha bersungguh-sunguh,tingkatkan pergantungan pada Allah, perbaiki amalan2 wajib,perbanyakkan amalan sunnah, sentiasa perbaharui taubat, gandakan doa dan tawakkal.....insyaAllah kita akan dibela, kerana Dia lah yang Maha Kuasa..tiada pembelaan yang lebih penting dari pembelaanNya, tiada pandangan yang lebih penting dari pandanganNya...

Semoga Allah memberikan kita semua hidayah, qudrah dan hikmah untuk meneruskan hidup pada tahun ini...

1 comment:

Anonymous said...

UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF.

12 TERAS UTAMA MANIFESTO PAS UTK RAKYAT MALAYSIA.

* Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih
* Pengurusan Berhemat (Pruden) Kekayaan Negara
* Jaminan Keselamatan Nyawa, Kehormatan dan Harta Benda dengan Membenteras Jenayah.
* Pendidikan Menyeluruh Pemacu Perubahan
* Jaminan Perkhidmatan Kesihatan Rakyat
* Kebajikan Pekerja Sektor Awam dan Swasta
* Pembelaan Kebajikan Menyeluruh Mesra-Rakyat
* Tawaran Istimewa Bagi Kaum Wanita
* Memajukan Industri Pertanian sekaligus Membela Kaum Petani dan Nelayan
* Dasar, Etika dan Amalan Media Massa Adil, Bersih dan Demokratik
* Pemuliharaan Alam Sekitar
* Dasar Perpaduan Nasional

DAPATKAN MAKLUMAT DAN INFO TERKINI DI LAMAN WEB BERIKUT:

http://pru12.pas.org.my/manifesto/ManifesFinalDetail.pdf
http://pru12.pas.org.my/
www.harakahdaily.net
www.no2umno.blogspot.com
www.detikdaily.net
www.tranungkite.net
www.suarakeadilan.net
www.sanggahtoksago.blogspot.com
www.n32.blogspot.com

MALAYSIA YANG KITA SAYANGI, TANAH TUMPAH INI ADALAH MILIK SEMUA RAKYAT MALAYSIA. ANDA SEBAGAI PENGUNDI BEBAS MEMILIH SESIAPA PUN YANG ANDA FIKIR LAYAK UNTUK MEMERINTAH MALAYSIA. TETAPI KAMI MERAYU ANDA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG BEBAS MEMBERI PELUANG UNTUK BA(PAS DAN KEADILAN) MEMERINTAH MALAYSIA SELAMA 5 TAHUN INI. JANJI KAMI UNTUK MEMBERIKAN KHIDMAT YANG TERBAIK KEPADA ANDA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA. DAN JIKA BA GAGAL MENUNAIKAN JANJI BA DALAM TEMPOH TERSEBUT, ANDA SEBAGAI RAKYAT YANG BEBAS MEMILIH BN SEMULA PADA PRU 13.
BERSATULAH KITA RAKYAT MALAYSIA…

Sebarkan kepada semua rakyat Malaysia..