sweet coming....

sweet coming.....
Daisypath Ticker

Thursday, September 07, 2006

20 PERKARA JANGAN

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang
menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan
kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita
ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang
terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus
saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam
akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.


1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau
tertidur lain cerita..

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut
kalau² terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh
kerana ia membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan .

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi²
itu membuka pintu berkat)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita
dikongsi syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati
dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan
mewarisi kepapaan.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila² masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau
memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita.
Hilang bahagia.
14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan
memurahkan rezeki kita

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya
untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba
ciptaannya.

Sabda Rasulullah SAW, " Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat".

p/s : artikel ni dpt dari email yg dihantar.moga dapat jadi panduan bersama..tertarik dgn perkara pertama ;jangan lengahkan solat..tringat shbt baik saya,fizah dalam usaha nak saya solat awal dan tinggalkan keje2 yg tak ber faedah yg tgh dibuat (bc komik/main game/termenung/buat bodo)..dia kata "kak,nnt kalau Allah tanya,nape kau solat lambat?akak nak jawab ape?Ya Allah, aku...bc komik/main game/termenung/buat bodo. MASYAALLAH...malunyer!!!!trima kasih adik...sbnrnya itulah kaedah terbaik untuk kita insafi diri kita..bayangkan kita dihadapan Allah menjawab setiap pertanyaan atas setiap perbuatan kita...RABBANA ZHOLAMNA AN(M)FUSANA..WAIN(L)LAM TAGHFIRLANA,WATARHAMNA LANAKUNANNA MINALKHOSIREEN...

No comments: